10 Mei, 2010

Selamat Hari Ibu


Selamat hari ibu..Moga terus mendidik anak2 mu menjadi anak yg soleh dan solehah..Amin..
"Wahai tuhanku limpahkan hidayahmu untuk Ibu dan Ayahku,Wahai tuhanku rahmati Ibu dan Ayah ku...


03 Mei, 2010

Selamat Hari Pekerja.....

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2010 kepada semua pekerja di seluruh Malaysia.Moga mutu Kerja Kita sentiasa bertambah baik....

16 Disember, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H




Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H kepada semua umat Islam. Semoga 1431H ini hidup kita semua terus di berkati oleh Allah SWT..

21 November, 2009

Window 7

Windows 7 (asalnya dikenali dengan nama kod Blackcomb, dan kemudian Vienna) ialah versi terkini sistem pengoperasian Microsoft Windows untuk kegunaan komputer peribadi, tak kira di rumah mahupun di pejabat, sama ada komputer meja, riba, netbook, tablet ataupun pusat media. Windows 7 mula dikeluarkan kepada pengilang komputer pada 22 Julai 2009,dan mula dijual kepada awam pada 22 Oktober 2009,tidak sampai tiga tahun selepas keluaran versi terdahulunya Windows Vista. Versi sistem pengendalian untuk pelayan, Windows Server 2008 R2 dikeluarkan pada masa yang sama.Jika hendak di bandingkan dengan Window 7 dengan OS terdahulu,ia disifatkan sebagai penambahan bagi rangkaian Windows dan direka agar serasi semua aplikasi serta perkakasan yang sebelum ini serasi Window Vista.

Ciri-ciri baru dan berubah

Windows 7 menampilkan sebilangan ciri-ciri baru seperti kemajuan pengecaman tulisan tangan dan sentuhan, sokongan untuk cakera keras maya, peningkatan prestasi pemproses berbilang teras,mengebut, DirectAccess, dan inti. Windows 7 turut menambah sokongan untuk sistem-sistem yang menggunakan berbilang kad grafik yang berlainan dari pelbagai vendor (Heterogeneous Multi-adapter), termasuk sekali versi baru Windows Media Center serta Gadgetnya, peningkatan ciri-ciri media, XPS Essentials Pack dan Windows PowerShell, dan Kalkulator baru dengan keupayaan berbilang baris termasuk mod-mod Programmer dan Statistics serta tukaran unit ukuran. Banyak lagi item baru telah diterapkan ke dalam Control Panel, termasuk ClearType Text Tuner, Display Color Calibration Wizard, Gadgets, Recovery, Troubleshooting, Workspaces Center, Location and Other Sensors, Credential Manager, Biometric Devices, System Icons, dan Display.Windows Security Center dinamakan semula sebagai Windows Action Center yang meliputi keselamatan dan penyelenggaraan komputer. Seting asalan User Account Control dalam Windows 7 dikritik kerana membolehkan perisian yang tidak dipercayai dilancarkan dengan dinaikkan keistimewaannya dengan mengeksploitasi perisian yang dipercayai.Jurutera inti Microsoft Windows Mark Russinovich memperakui masalah tersebut, tetapi mengingatkan bahawa adanya kerentanan lain yang tidak bergantung pada seting baru ini.Windows 7 juga menyokong paparan imej seakan Mac dengan menambah dekoder imej boleh WIC, yang membolehkan paparan lakaran imej, prebiu dan metadata imej mentah di Windows Explorer, di samping paparan saiz penuh dan persembahan slaid di Windows Photo Viewer dan Window Media Center.

Spesifikasi minimum yang disyorkan untuk Windows 7 seperti berikut:

Kelajuan processor : 1 GHz (Sama ada 32-bit atau 64-bit)
Memori (RAM) : 1 GB
Kad grafik : DirectX 9.0
Memori Grafik : 128 MB
Harddisk : 16 GB
Pemacu : DVD-ROM

16 September, 2009


Ramadhan kian meninggalkan kita semua...